info
links
entries
Monday, 16 May 2016 at 12:00

Assalammualaikum

hugh

 
nak cerita dari awal sampai akhir.

Form 1 

Dapat masuk kelas 1 amal. Terasa takut sangat nak masuk tingkatan 1 hahahaha. okay la ada kawan yang aku kenal dari sekolah rendah. Tetiba dalam beberapa minggu aku dekat kelas tu. Mata aku macam tertumpu dekat seseorang ni. Okay ...........  dalam hati aku " macam kenal, eh dia ni yang kawan siti tu yang nakal tu " so aku ignore jela.

Mulanya aku nak cakap pasal budak kelas aku  ni, paling aku benci budak geng tbsr sakai semua tu.  eeee dah la kelas sama ngan aku memekak pulak tu. Nasib la bukan semua geng dia sama kelas sekali ngan aku kalau tak menyesal aku lahir tahun 1999. hahahaha. Paling nakal dalam tu of course la siapa tak kenal ketua taik kucing dalam class tu muhd zudi. Oh ya maaf, Paling kurang ajar, paling bising, paling sakai, paling selekeh, memang semua 'paling' la kat dia ni.

Memang sepanjang tahun ni aku terseksa je duduk dalam class tu rasa cam bangang gila sbb ada budak2 acah good good dalam kelas tu.
Bulan 1---- bulan 7 or 8 camtu aku macam nak mamposssss dah duduk dalam kelas tu, setiap hari je nak pergi sekolah aku mesti akan rasa nak menangis. Macam nak pergi penjara la sebabnya ada budak budak bising yang menganggu ketenteraman aku nak belajar dalam class.

Time tu aku kawan dengan some people jela. yang mana aku rasa baik and pandai, Konon boleh la aku belajar an cari ilmu. Kawan lelaki? ada jugak tapi yang mana aku kenal  macamtu jela, Tak rapat sangat, cuma kawan jela an. Dulu aku tahpape je baik je bodoh je time form 1 waktu sekolah rendah darjah 6 emmm entah la nakal tu tah la nak describe cemana. And ya aku mesti la blur time form1. bajet belajar je tapi tak masuk masuk dalam kepala otak aku pun apa yg aku belajar sehingga la aku jumpa dengan seseorang yang aku kutuk tadi yang ubah life aku sampai sekarang.

Form 1 ni la macam dugaan yang aku tempuh sorang diri. Tidur hospital. ulang alik hospital. tumpang rumah orang. menyusahkan orang. balik rumah stress. balik takde siapa. sorang. makan tak terurus. dengar orang menangis setiap hari. meraung setiap hari. dengar orang sakit setiap hari. aku baca al-Quran setiap hari.Over thinking setiap hari, kena migrain, sahur sorang kekadang, raya hospital. beli baju semua sendiri.  Pelajaran pun tah kemana tah.  No life la orang cakap an. Memang tak happy la time tu. dugaan datang dengan banyak. Cara aku nak happy kan diri aku yela dengan couple la berkawan , pergi sekolah jumpa kawan, gelak2.

Waktu awal bulan 9 aku taktahu macam mana aku boleh rapat dengan 'someone' ni. Time ni aku memang stress giler rasa nak bunuh diri biar aku pergi dari semua org. And that time aku tengah couple dengan danial, hahahaha LAwak! taktahu ah cemana leh couple, dia tu ttba je panggil aku sayang la apala. ok time tu pun aku layan jela budak budak an mana aku fikir lagi. Tapi aku banyak kali gaduh ngan danial sebab someone ni sebab aku ashik rapat dengan someone ni. Then someone ni setiap hari kacau aku pinjam pen la apala. pastu hilang kan pen aku kuasam betul, takpela aku malas an nak cari pasal, banyak lagi hal yg aku kena fikirkan.

Macam mana aku boleh rapat dengan dia? taktahu la. tak pasti. yang pasti dia yang tegur aku dulu okay. setiap hari la dia ada je dengan aku . tapi dia ni aku tak suka la sebab dia nakal, jahat , suka layan perempuan, suka kacau perempuan, gangster. Tapi takpe dlam hati aku cakap " Asalkan niat dia ikhlas nak berkawan dengan aku" . so aku berkawan jela dengan dia ni. and dia pun rapat dengan ainaa farhana. Aku pulak kawan baik dengan ainaa. so dari situ dia start tukar tempat duduk yang dari jauh nun disana sampai la tukar tempat depan aku . Lepastu aku break dengan danial sbb someone ni. hahaha takpela aku pun dengan danial mmg takde jodoh dah. No more danial in my life.

Lepastu aku rapat je dengan someone ni. ingat tak waktu tu rehat aku beli buah jambu. lepastu aku makan and kita lalu depan surau and buah jambu aku tu tinggal dua kot lepastu kau cakap nak. dalam hati aku macam ' eeh sebok jelah' lepastu aku kasi kau pastu aku taktahu cemana aku  terus suap kau dengan lidi tu. HAHAHA. time tu aku tak rasa apa apa la. aku rasa biasa je, taktahu la kalau kau ada hati kat aku. ceh. pastu aku suruh kau buang plastik tu pastu kau buang plastik tu tapi kau ambil lidi tu. bengongnya kau timetu kau jilat 2 lidi tu pastu kau simpan hahahaa. pastu kita naik kelas sama sama.

Sehingga satu hari ni  hari khamis 13/9/2012 aku tak datang sekolah. pastu aku diamkan diri je. jumaat pun aku tak datang. Sampai la semuaorg tahu yang ayah aku dah meninggal. Time tu aku rasa down sangat. aku rasa tak terdaya nak hidup dah wehh. Lemah nya aku time tu takde sape tahu. Meninggal depan mata aku ya'Allah.... aku tarik nafas panjang2 aku tak nangis. sumpah tak nangis. aku tengok semuaorg dah menangis. pastu aku berundur dari langgsir hosp tu aku terus menangis belakang langsir. time tu cousin aku datang dia peluk aku dia usap aku. aku terus menangis teresak esak. lepastu aku cium dahi ayah. sejuk. aku pegi kat ibu , ibu cakap 'Ayah dah takde ' aku tabahkan diri aku diam. lepastu masuk bilik mandikan mayat dekat bawah sekali. aku rasa sejuk sangat. semuaorg berdiri kat pintu bilik mayat tu nak tengok. aku jalan pergi duduk dekat kerusi penunggu luar tu. aku rasa kosong dalam diri ni. takde dah ketua keluarga. Tapi kuasa Allah taktahu macam mana fikiran aku terlintas nama seseorang ni. Time tu aku rasa macam dalam mimpi. naik van jenazah. pergi tanah perkuburan. nampak sesetengah kawan yg datang. support aku untuk teruskan hidup, sabar dengan dugaan. Alhamdulillah. Orang sebuk berborak pasal ayah lepas habis je kebumikan. Aku pandang langit nampak kalimah 'Allah'. aku ingat ibu cakap " Ayah bulan calang2 orang" . balik. aku teruskan hidup.

Hari selasa tak silap aku datang sekolah, Berita dah tersebar pasal aku. Duit tabungan diedarkan. dalam hati aku rasa macam sayu je. Aku duduk dekat kerusi kat kelas. hadirnya someone tu aku rasa lain sangat. terfikir jugak " Lepas je ayah meninggal kenapa someone ni ada dalam hidup aku? Oh mungkin Allah nak gantikan dia dalam hidup aku kot" terasa la kekosongan dalam hati ni dah di isi. Alhamdulillah syukur sangat. Lepastu aku rasa happy sangat. bila teringat ayah aku rasa sedih setiap hari menangis jee. Tapi aku jadi kuat bila adanya someone dalam hidup aku ni. Taktahu la kenapa tapi rasa sedih tu macam dah terubat sikit.